PROTEIN SOYA PILIHAN TERBAIK UNTUK PARA IBU YANG SIBUK DI MANA SAHAJA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca budiman.

Sebagai seorang mama, As sangat concern tentang kesihatan diri sendiri dan juga mahu para ibu diluar sana juga mendapat kesihatan yang baik dengan rahmat Allah. 


Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Setiap hari memakai banyak topi untuk tugasan yang berbeza-beza. Selain dari huru hara menguruskan kerjaya dan keluarga, seorang ibu sering kali mengabaikan dirinya sendiri dan memberi tumpuan kepada orang lain.

Komitmen sebegini menjejaskan diet para ibu kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau melewatkan waktu makan atau mungkin juga mereka tidak sempat makan sebarang makanan langsung.

Oleh kerana sebab ini, amat penting bagi para ibu untuk memambil minuman protein soya yang berkhasiat untuk memberikan mereka tenaga yang berkekalan untuk melaksanakan rutin seharian mereka.

U olls boleh rujuk entri sebelum ini tentang KEPENTINGAN PROTEIN & BAGAIMANA MEMILIH SUMBER PROTEIN TERBAIK di sini (sila klik pada tajuk)

Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu.  
 

1) MENINGKATKAN SERI KULIT
Untuk mendapatkan kulit yang cantic berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda1.

Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit2.
  



2) MENGUATKAN RAMBUT DAN KUKU

Masalah keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino perlu juga menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh3.  


3) MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN PERUT

Komitmen dan jadual seharian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan di mana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih ulu hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan para ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa dan di mana jua.

Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sentiasa sihat6.  


4) MENYOKONG KEHAMILAN YANG SIHAT

Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar.

Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat4.


5) MENGGALAKKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir5.

Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.
=====================================

Rujukan:

1. Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics (Sao Paulo). 2009, 64, 505-10  

2. Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci Vitaminol. 2007, 53, 57-62.  

3. WebMD. How Diet Affects Your Hair. Available at http://www.webmd.com/beauty/hair-health-11/eat-hair-type?page=1. Last accessed May 9, 2014.  

4. Selma C.L , Gurmeet S , and Kim M, Effects of protein energy supplementation during pregnancy on fetal growth: a review of the literature focusing on contextual factors. Food Nutr Res. 2013; 57: 10.3402/fnr.v57i0.20499  

5. Martin C.R,Pei-Ra Ling P.R,and George L. Blackburn G.L. Review of Infant Feeding: Key Features of Breast Milk and Infant Formula, Nutrients. 2016 May; 8(5): 279  

6. Alada A.R.A, Ajayi F.F, *Alaka O.O and Akande O.O, Gastric Acid Secretion and Experimental Ulceration in rats fed Soybean Diet Preparations , African Journal of Biomedical Research, Vol. 8 (2005); 203 – 205
=====================================

Bagi mendapatkan ESP pada harga terbaik, anda boleh hubungi Asnita di 019.718.7112 atau klik WhatsApp di sini.
 

 Wassalam,

Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH



Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp, Wechat) | ita2112@yahoo.com

Comments