2018 TAHUN BARU AZAM BARU

Assalamualaikum.
As doakan kita semua sentiasa sihat sejahtera dilindungi rahmat Allah.
Selamat tinggal 2017, selamat datang 2018. Bukukan segala kenangan 2017 di buku sejarah hidup & mula kan harapan baru di buku yang baru.

Bila masuk tahun baru, pasti ada azam baru kan... Sama juga dengan As ada azam baru, iaitu menulis vision board As di blog. Sebelum ni vision board as tampal di rumah jek, juga di handphone. Tapi kali ni As nak buat lain sikit, As nak share vision board As dengan pembaca semua. As harap u olls yang pembacanya boleh tolong aamiin kan sekali yek. Terima kasih banyak-banyak in advance.

Mempersembahkan VISION BOARD ASHANNEETA 2018

 Ni yang As tampal di SOHO (Small Office Home Office)


Ni vision board yang asal.


Impian As adalah:

🎈 Love till Jannah dengan imam As, Mohd Hanafi a.k.a. Coach Abang Ketaq, insyaAllah aamiin

🎈 Pendidikan terbaik untuk Superkids, Alief Haiqal, Aidiel Haqimi & Adam Hiqmal, insyaAllah aamiin

🎈 Pergi umrah sekeluarga (emak, FIL, MIL, hubby, superkids) - Disember 2018, insyaAllah aamiin

🎈 Bina rumah emak di Rompin (Disember 2018), insyaAllah aamiin

🎈 Ada saving RM30k & mampu zakat 3 angka (Disember 2018), insyaAllah aamiin 

🎈 Bercuti sekeluarga di Disneyland Hong Kong pada Disember 2019, selepas Adam dapat UPSR 6A, insyaAllah aamiin

🎈 Time & money freedom, sedekah & zakat 4 angka (Disember 2020), insyaAllah aamiin

🎈 Drive The Red Oddsey (Disember 202), insyaAllah aamiin 

🎈 Working At Home Mom (WAHM) & guide superkids study at home & success bisness from home with hubby(Disember 2022)

🎈Ada banglo berharga RM500k sebelum umur 50 tahu, insyaAllah aamiin

🎆🎈 Terima kasih kerana mendoakan aamiin 🎈🎆

Untuk mencapai impian As ini, As pilih bisnes Shaklee untuk keluar dari zon selesa la sangat ni...
Ini target As dalam Shaklee, juga mohon doa u olls, terima kasih in advance.


As juga dah target untuk Superkids juga, mohon u olls doakan juga yek.



' Rabbi Yassir Wala Tu'assir '
(Tuhanku, permudahkan dan jangan persulitkan)

' Rabbi Tam Mim Bilkhair '
(Tuhanku, sempurnakanlah ia dengan kebaikan)

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan dalam segala urusan yang baik & impian dicapai dengan jalan yang Allah berkati, aamiin.

Salam Tahun Baru 2018

Sekian saja coretan As kali ini. Semoga kita bertemu, terima kasih. 
Wassalam,

 
Sememangnya entri ini bermanfaat untuk orang lain di luar sana.
Anda dipersilakan untuk LIKE & SHARE entri ini.
Tahniah kerana anda telah berjaya memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga Allah merahmati & mempermudahkan urusan anda.
Anggaplah ini SAHAM KUBUR untuk anda. Wallahualam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya bersedia membantu anda untuk menikmati faedah sebagai ahli Shaklee yang sah.

# FREE CONSULTATION # ADORABLE PRICE # GOOD MENTORING
# GOOD MOTIVATION # BUSINESS OPPORTUNITY WITH




Asnita Baharin | Shaklee ID : 929497 | 019-7187112 (Call, SMS, Whatsapp) | ita2112@yahoo.com

Comments